Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DOS ketiga penggalak vaksin Covid-19 akan diberikan kepada seramai 323,000 individu di Terengganu.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata mereka terdiri daripada 31,000 petugas barisan hadapan kesihatan,104,000 warga emas dan 188,000 golongan komorbiditi.

“Kita akan mulakan pemberian dos ketiga selepas menerima arahan pelaksanaannya di peringkat negeri. Setakat ini, bekalannya juga mencukupi.

“Penerima dos ketiga ini akan mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) klinik kesihatan atau hospital memandangkan PPV awam dan integrasi akan ditutup pada 15 Okt depan,” katanya kepada media semasa program vaksinasi Orang Asli di Kampung Sungai Berua di Kuala Berang pada Sabtu (25 Sept).

Pada Jumaat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata garis panduan agihan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 akan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) minggu depan.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here