Dua orang anggota bomba dan penyelamat memeriksa batas kebun sayur komuniti rumah pangsa Pandan Jaya, selepas ular disangkakan bersembunyi dalam lubang tanah.

KUALA LUMPUR – Macam-macam hal akan terjadi apabila bermain dengan teka-teki terhadap sesuatu perkara yang tidak pasti.

Begitulah halnya yang berlaku dengan sekumpulan kaum wanita yang mengerjakan kebun sayur-sayuran komuniti bandar berhampiran rumah pangsa Pandan Jaya, Ampang Jaya pada pagi Sabtu 25 September 2021.

Beberapa wanita yang asyik bekerja di batas kebun sayur itu terkejut apabila ternampak objek hitam menyerupai kepala ular di celah-celah lubang tanah gembur.

Tanpa membuang masa, mereka yang menyangka haiwan berbisa yang nampak seperti kepala ular itu terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran.

Tidak lama kemudian, datang dua orang anggota bomba dan penyelamat untuk mengenal pasti haiwan yang kelihatan seperti kepala ular itu.

Anggota terbabit bergerak pantas mengambil masa kira-kira lima minit mencungkil tanah batas untuk mengenal pasti haiwan tersebut.

Alangkah terkejut dan melucukan para pekebun wanita itu apabila mendapati kepala haiwan yang disangka ular itu rupa-rupanya hanyalah seekor katak puru.

Kebimbangan awal para pekebun tersebut yang menyangka ular itu adalah berasas kerana sekitar awal tahun 2021, penduduk telah menemukan dua ekor ular sawa besar dalam longkang, selain memasuki ruang dapur tingkat bawah rumah pangsa Pandan Jaya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here