Oleh Zainal AS Rashid

DI TERENGGANU, kerana ingin melancong dan merentas negeri ke Pulau Redang, Kuala Nerus, enam individu dikenakan kompaun RM5,000 seorang.

Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa individu yang berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan kompaun sewaktu Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lepas.

Beliau berkata daripada enam orang itu, dua merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor, seorang dari Pulau Pinang dan seorang Melaka.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP (Prosedur Operasi Standard) berlaku bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan dan penularan COVID-19 di Terengganu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (26 Sept).

Dalam pada itu, Rohaimi berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP, termasuk membenarkan pengunjung dari luar Terengganu menginap atau gagal memastikan tetamu lengkap menerima vaksin COVID-19.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here