KUALA LUMPUR – Baru 11 tahun, tapi sudah mampu untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Begitulah, Maryam Muzamir, seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang kerana berjaya meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.

Kejayaannya mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat posting dalam laman sosialnya dengan mengucapkan tahniah serta mendoakan Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Kejayaan Maryam mencipta makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut menjadi perhatian dan seterusnya meraih kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu.

Bukan itu sahaja, kejayaan beliau juga menjadi perhatian warga dunia apabila turut diperkatakan dalam siaran rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here