Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PEMBAYARAN Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dimasukkan secara berperingkat ke akaun penerima mulai Selasa ini (28 Sept).

Pembayaran kepada penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang akan memanfaatkan kira-kira 3.6 juta rakyat itu dijangka selesai pada 30 Sept.

“Bayaran Fasa 3 dan rayuan BPR ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan pada Ahad (26 Sept).

Menurut Ismail Sabri setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima.

Bayaran akan mengikut kategori kelayakan masing-masing berdasarkan status perkahwinan, pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Beliau menjelaskan bahawa Fasa 3 merupakan bayaran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima oleh penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui portal rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here