KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bagi menentukan hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang mulai tahun ini.

Ismail Sabri dilaporkan mengemukakan usul RMK12 pada 11.30 pagi, sebaik selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula 10 pagi.

Selepas pembentangan itu, persidangan dewan akan ditangguhkan pada Selasa untuk sesi perbahasan RMK12 oleh Ahli Dewan Rakyat yang dijadual selama empat hari.

RMK12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksi rakyat yang menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here