Wee Kah Siong

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Kah Siong hari ini berkata dakwaan yang ditular di media sosial konon individu berusia 70 tahun perlu menyerahkan lesen memandu kepada Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) adalah tidak benar.

“Sebenarnya Seksyen 30 Akta Pengangkutan Jalan membolehkan pemandu kenderaan secara sukarela untuk menyerahkan lesen disebabkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan yang mungkin membahayakan pengguna lain,” kata Menteri itu dalam kenyataan di Facebooknya semalam.

Wee berkata seperti mama dinyatakan dalam kenyataan sebelum ini, tidakan untuk tidak membenarkan warga tua memandu merupakan usaha yang terakhir akan diambil.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here