GAMBAR: أمين, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Fetty Rara

KEBENARAN kepada suami lengkap dos vaksin Covid-19 diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menemani isteri yang bakal melahirkan anak di bilik bersalin.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selain itu suami juga perlu negatif ujian Covid-19.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin.”

Beliau memberi respons melalui Twitter susulan permintaan seorang pengguna media sosial supaya suami yang lengkap dos vaksin dan negatif ujian Covid-19 boleh berbuat demikian.

Kenyataan Khairy turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Hospital sebelum ini tidak membenarkan suami menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas kerana pandemik Covid-19.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here