GAMBAR: Anadolu.

Oleh Zainal AS Rashid

TENTERA Israel yang melancarkan beberapa operasi terhadap pejuang Hamas di Tebing Barat pada Ahad (26 Sept) telah mencetuskan pertempuran yang mengorbankan lima penduduk Palestin dan mencederakan dua askar Israel.

Kejadian terbaru itu adalah yang paling ganas di antara tentera Israel dan pejuang Palestin di wilayah tersebut sejak beberapa minggu.

Pihak tentera Israel telah menjejak kumpulan pejuang Hamas sejak beberapa minggu lalu dan kejadian tersebut didakwa adalah sebagai respons kepada ancaman terbaharu, lapor abcNews.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennet berkata hasil risikan pihak tentera Israel mendapati pejuang Hamas sedang bersiap untuk melancarkan beberapa serangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel pada Isnin (27 Sept) sebanyak lima operasi dilancarkan dan kejadian tembak-menambak tercetus di dua lokasi di mana lima pejuang Hamas terbunuh dan beberapa orang lagi ditangkap.

Kejadian berbalas tembakan itu menyebabkan dua anggota tentera Israel mengalami kecederaan serius terkena tembakan daripada pihak tentera Israel sendiri.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dua penduduk Palestin ditembak mati berhampiran bandar Jenin, sementara tiga lagi terbunuh di bandar Biddu, utara Baitulmuqaddis.

Pihak Hamas mengesahkan bawah empat yang terbunuh, termasuk tiga di Biddu adalah anggota kumpulan pejuang itu, termasuk seorang remaja lelaki berumur 16 tahun.

Pihak berkuasa Palestin yang mentadbir kawasan separa-autonomi di Tebing Barat mengecam keras apa yang berlaku dan mempertanggungjawabkan kerajaan Israel.

Dalam pada itu, Hamas pula mengecam pihak berkuasa Palestin yang dikatakan bersekongkol dengan Israel dalam menjaga keselamatan di wilayah tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here