Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEEKOR ikan kerapu seberat 160kg berjaya ditangkap di perairan Labuan pada Ahad (26 Sept).

Ikan yang dipanggil ‘keratang’ oleh orang Labuan itu ditangkap di sebuah lokasi yang terletak lebih kurang 100 batu nautika dari pulau tersebut.

Usaha menangkap ikan gergasi menggunakan joran itu mengambil masa lebih 30 minit dan memerlukan tiga orang untuk menariknya ke dalam bot.

Dullah Latiff, 64 yang mengarahkan pekerjanya supaya keluar ke laut untuk memancing pada Sabtu pagi berkata ikan itu kemudian dijual kepada sebuah restoran makanan laut dengan harga RM8,000.

Ikan kerapu tersebut berukuran lebih 2.1 meter panjang. Spesies ikan kerapu ‘gergasi’ mampu hidup 30 hingga 50 tahun.

Bagi Dullah tangkapan terbaharu itu bukan yang pertama baginya kerana pada Februari 2019 beliau pernah berjaya seekor ikan ‘gergasi’ seberat 241kg yang menghasilkan jualan bernilai RM13,225.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here