Kartika Wati Mohamed mahu membantu mereka yang terkesan dengan menawarkan perniagaan produk Eskayvie tanpa mengeluarkan modal.

Oleh Khadijah Ibrahim

JANGAN cepat putus asa apabila dilanda musibah, kerana ada hikmah di sebalik dugaan tersebut jika kita berfikiran positif. Sejak pandemik Covid-19 melanda, semua orang terkesan kerana kita tidak bersedia untuk menghadapi dugaan tersebut.

Angkara pandemik tersebut, ada di antara kita yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa mengibar bendera putih untuk meminta bantuan walaupun malu. Dalam situasi sekarang, tiada siapa yang memandang rendah jika kita meminta bantuan, ramai yang sudi membantu kerana kita semua adalah Keluarga Malaysia.

Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dekat dengan semua lapisan masyarakat. Sehubungan itu, Eskayvie Diffenz, produk suplemen 4 dalam 1, keluaran Eskayvie Sdn. Bhd., yang dilancarkan awal tahun ini mengambil pendekatan membuka pintu rezeki kepada orang ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk menjana pendapatan.

Menyedari manfaat Cendawan Susu Harimau yang menjadi salah satu ramuan penting terhadap produk Eskayvie Diffenz, syarikat bumiputera itu bersungguh mahu membantu mereka yang terkesan dengan menawarkan perniagaan tanpa perlu mengeluarkan modal. Kedengaran seperti tidak logik tapi itulah yang sedang dilakukan oleh pihak atasan Eskayvie bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan.

Produk keluaran Eskayvie membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk menjana pendapatan.

Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd., Kartika Wati Mohamed, berkata, produk keluaran syarikat tersebut bukan sahaja dilihat sebagai ikhtiar menguatkan sistem imun, ia juga selamat diguna dan mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malah syarikat tersebut turut membuka rezeki kepada ramai orang untuk menjana pendapatan.

“Tidak perlu meragui produk Eskayvie kerana kami telah mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam situasi sekarang, kita faham ramai yang mencari pekerjaan dan kami menawarkan peluang pekerjaan yang mudah.

“Kita juga buka ruang perniagaan kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tanpa modal, tanpa perlu simpan stok dan tanpa perlu menguruskan penghantaran barangan. Jika tak pandai berniaga, jangan risau kerana pihak kami akan memberi latihan jualan dan pemasaran secara percuma.

“Hasrat kami adalah untuk membantu usahawan baharu mencapai jualan sekurang-kurangya RM1,000 dalam masa tujuh hari. Perniagaan ini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu memiliki kedai. Sehingga Ogos lalu, seramai 7,000 usahawan telah dibantu dan ramai dari mereka telah berjaya meraih pendapatan bersih lima angka sebulan,” kata Kartika Wati.

Berdasarkan pencapaian itu, Kartika Wati mempelawa mereka yang kehilangan pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tercari-cari peluang membangunkan semula ekonomi untuk memulakan langkah dengan mengambil peluang menjadi wakil pengedar Eskayvie.

“Ada seorang peniaga ini, sudah 15 tahun terlibat dalam perniagaan kereta sewa. Sejak pandemik melanda, perniagaannya terpaksa ditutup. Bila berada dalam situasi begitu, kita mesti panik kerana hilang punca pendapatan. Namun Puan Nurshirley Kamalia Abdullah, tidak mudah mengaku kalah.

Kartika Wati bersama Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn. Bhd., Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

“Beliau menyertai Eskayvie Nexus sebagai usaha untuk meneruskan kehidupan bagi menampung kerugian besar yang dialami sebelum ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kini ibu kepada dua orang anak itu mampu membuat jualan sehingga RM550,000 sebulan dengan hanya menjadi wakil pengedar produk kami,” kongsi Kartika Wati tentang kejayaan yang diraih oleh Nurshirley Kamalia.

Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie meysasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik sekali gus keluar daripada kemelut ekonomi ini.

Bagi yang berminat untuk menggubah nasib diri dan keluarga boleh cuba menjadi pengedar produk Eskayvie dengan melayari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk maklumat lanjut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here