Screenshot daripada video yang ditularkan.

Oleh Zainal AS Rashid

POLIS menyangkal dakwaan bahawa dua pelajar di Ipoh meninggal dunia selepas menerima vaksinasi Covid-19.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash berkata walaupun benar bahawa dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia, namun kematiannya mereka tidak ada kaitan dengan vaksin Covid-19.

Beliau berkata pelajar perempuan yang meninggal dunia pada 18 Julai didapati positif Covid-19 dan merupakan pesakit diabetes dan darah tinggi. Dia dalam keadaan kritikal sewaktu berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun selama dua bulan.

Pelajar lelaki yang meninggal dunia pada 17 September pula disebabkan serangan jantung.

Mior Faridalathrash berkata program vaksinasi untuk remaja hanya bermula pada 20 September, iaitu selepas kedua-dua pelajar tersebut meninggal dunia.

Sebelum ini sebuah video yang tular mendakwa bahawa beberapa pelajar meninggal dunia selepas menerima vaksinasi Covid-19.

Dalam video sepanjang 1 minit 38 saat itu seorang wanita berucap kepada  satu kumpulan yang bersolidariti menuntut hak supaya pelajar sekolah tidak diwajibkan menerima  vaksin imunisasi Covid-19.

Wanita itu mendakwa bahawa kematian pelajar SMK Tasek Damai itu disebabkan oleh vaksin Covid-19, dan dua lagi pelajar di tempat lain, termasuk di Lahad Datu, Sabah, serta dua lagi remaja di Ipoh mengalami alahan serius setelah divaksin.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here