Oleh Fetty Rara

PERSATUAN Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) mahu supaya kerajaan negeri menangani isu Petronas memberi kontrak kepada sebuah syarikat luar bagi kerja-kerja bukan khusus di pesisir pantai negeri itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (3 Okt) Presiden SPECA Datuk Rahman Lariwoo berkata seorang ahli yang turut membuat bidaan bekalan bahan letupan alternatif dan kerja mengecat untuk Petronas Cari gali mendapati kontrak berkenaan dianugerahkan kepada sebuah firma yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

“Kontrak itu melibatkan kerja penyediaan peralatan, tenaga kerja serta barangan keperluan untuk tugas letupan alternatif di kawasan pesisir pantai Sarawak.

“Skop ini bukannya tugas sukar (tidak memerlukan kepakaran tinggi) dan ada banyak syarikat-syarikat Sarawak yang boleh menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau berkata perkara tersebut perlu ditangani agar Petronas bersikap lebih adil kepada syarikat minyak dan gas negeri Sarawak.

SPECA menyifatkan pemberian tender itu tidak selari dengan matlamat kerajaan negeri Sarawak untuk mewujudkan lebih banyak syarikat negeri  dalam sektor minyak dan gas.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply