KUALA LUMPUR – Selepas ditubuhkan lebih 19 tahun lalu, Alpro, sebuah farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan pelbagai program latihan di bawah Akademi Alpro untuk meningkatkan kualiti ahli farmasi tempatan.

Alpro dalam kenyataannya berkata, peranan seorang ahli farmasi masyarakat sangat penting kerana mereka mempunyai pengaruh yang tinggi untuk golongan masyarakat dalam mempraktikkan amalan kesihatan dan kesejahteraan yang betul.

Dalam melahirkan ahli farmasi yang bekaliber dan profesional, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 mewajibkan semua ahli farmasi yang lulus untuk menjalani latihan satu tahun sebagai ‘Provisionally Registered Pharmacist’ (PRP) di premis berdaftar yang bertauliah.

Mempunyai antara institusi latihan terbesar bagi PRP di negara ini, Alpro mempunyai
sejumlah 17 orang preceptors (mentor klinikal yang berpengalaman) untuk membantu calon
berkembang menjadi ahli farmasi profesional yang kompeten.

“Sejak tahun 2016, kami berjaya melahirkan lebih daripada 65 ahli PRP yang lengkap menjalaniprogram kami yang holistik dan unik. Peranan seorang ahli farmasi pada zaman ini bukan sekadar mengeluarkan ubat-ubatan tetapi juga bidang perawatan luka, perawatan kulit, pengurusan kesakitan, pemakanan, kawalan dan penjagaan warga tua telah menjadi perkhidmatan penting bagi masyarakat” kata Ketua Ahli Farmasi di Farmasi Alpro, Lim En Ni.

“Ahli farmasi juga penting seperti mana barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 di negara ini bersama-sama pengamal perubatan untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat, memberikan rawatan kepada pesakit penyakit kronik dan juga berkhidmat di farmasi untuk menjaga keperluan pesakit, tambah beliau.

Dengan tujuan memberi ilmu berterusan sepanjang hayat untuk ahli farmasi, Alpro Academy berharap dapat memanfaatkan kerjasamanya dengan badan pentauliahan antarabangsa dalam mengembangkan lagi kualiti ahli farmasi tempatan.

“Kerjasama aktif kami dengan badan antarabangsa seperti PainWise Australia membolehkan kami untuk melatih ahli farmasi dalam bidang spesifik seperti pengurusan kesakitan,” kata jelas beliau.

“Alpro Pharmacy juga berbangga menjadi farmasi komuniti pertama di negara ini yang
mempunyai lebih dari 100 Ahli Farmasi Pengurusan Sakit yang telah mendapat latihan
profesional intensif untuk melayani masyarakat dalam menangani kesakitan akut dan kronik.

“Selain itu, kami juga bekerjasama dengan pelbagai universiti di Malaysia dalam memberikan maklum balas industri mengenai kurikulum farmasi dan juga memberi peluang praktikal bagi pelajar farmasi,” tambah En Ni.

Dengan lebih 140 buah cawangan di seluruh negara dan kehadiran yang kuat dalam talian melalui e-farmasi, Alpro berharap dapat terus berkhidmat untuk negara dengan menjalankan peranan ahli farmasi dalam meningkatkan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 19.341 ahli farmasi yang bekerja di
sektor awam dan swasta, dengan nisbah satu ahli farmasi untuk setiap 1,694 orang. Dari
jumlah tersebut, 11,616 telah didaftarkan dan berkhidmat dengan KKM. – BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply