TIDAK ramai pemimpin seperti Presiden Indonesia, Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang benar-benar mendengar denyut nadi rakyat.

Insiden tercetus ketika pemimpin No. 1 Indonesia itu berkunjung ke Blitar, Jawa Timur baru-baru ini apabila berlaku demostrasi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Suroto.

Penternak ayam itu secara bersendirian bertindak nekad memegang sekeping poster tertera tulisan “Pak Jokowi bantu penternak beli jagung dengan harga wajar”.

Tindakan Suroto tersebut mengundang padah apabila dia ditangkap polis.

Bagaimanapun seminggu selepas kejadian itu, khabar gembira buat penternak berkenaan apabila dia diundang ke istana presiden untuk bertemua Jokowi.

Lelaki berkenaan bersama 14 penternak berpeluang meluahkan permasalahan berkaitan harga jagung dan keluh kesah mereka dalam mengusahakan penternakan ayam.

Suroto tidak menyangka presiden berterima kasih di atas poster itu sehingga membolehkan pemimpin berkenaan mengetahui masalah sebenar penternak selama ini.

“Perasaan saya lega. Selepas tindakan saya bentang poster diterima baik oleh Pak Jokowi sehingga saya di undang ke istana.

“Saya juga minta maaf kepada Pak Jokowi atas apa yang saya lakukan.

“Pak Jokowi terima apa yang saya minta agar beli jagung dengan harga yang wajar. Maksud saya bukan murah tetapi harga wajar,” katanya.

Susulan pertemuan tersebut, Jokowi mengarahkan menteri pertanian dan menteri perdagangan melakukan tindakan segera.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo berjanji untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Permasalahan harga itu melibatkan tiga tempat termasuk Blitar. Ia akan ditangani agar kembali pada harga normal dan jika perlu kerajaan akan beri subsidi tertentu,” katanya.

BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply