Oleh Zainal AS Rashid

BERIKUTAN lonjakan kes COVID-19 di Singapura Gabenor Kepulauan Riau, Indonesia Ansar Ahmad berkata “Gelembung Perjalanan” dengan negara pulau itu yang dijadualkan pada Oktober dibatalkan.

Agensi berita rasmi Vietnam (VNA) berkata Ahmad pada Rabu (6 Okt) telah menyatakan hasrat untuk menarik pelancong domestik ke wilayah itu sementara menantikan tindakan kerajaan pusat (Indonesia) sama ada akan meneruskan kerjasama gelembung perjalanan antara Riau dan Singapura.

Kerajaan kepulauan Riau telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri dan badan Mitigasi Bencana Nasional Indonesia untuk mengesyorkan kelonggaran syarat sijil ujian Covid-19 bagi perjalanan antara wilayah.

Menurut Ahmad lokasi pelancongan di Kepulauan Riau telah dibuka semula susulan peningkatan penguatkuasaan larangan aktiviti (PPKM) ke Tahap Satu.

Beliau memberi jaminan bahawa lokasi pelancongan tempatan telah melaksanakan protokol kesihatan ketat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong dan mencegah berlaku kluster jangkitan COVID-19.

Kerajaan Indonesia pada 4 Oktober memaklumkan bahawa mulai 14 Oktober Bali juga akan dibuka semula kepada pelancong dari enam negara, iaitu Republik Korea, China, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan New Zealand.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here