GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

‘TAIPING Bird Week’ bakal disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri Perak, justeru menjadikan bandar itu lokasi terbaharu untuk penggemar burung.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata inisiatif ini adalah kerana bandar Taiping merupakan destinasi migrasi pelbagai spesies burung, termasuk burung hud-hud yang didapati semakin membiak di sekitar Taman Tasik Taiping sejak April lepas.

Beliau yakin penyenaraian itu akan memperkasakan sektor pelancongan apabila rentas negeri dibuka nanti.

“Saya percaya dengan adanya produk pelancongan baharu di sini (Taiping) selain Santuari Burung Kuala Gula dan Taman Negara Royal Belum, ia akan menjadi tarikan kepada pengunjung ke bandar Taiping sebagai tumpuan eko-pelancongan negara selain Zoo Taiping & Night Safari yang akan dibuka kepada pengunjung pada 18 Okt ini,” kata beliau kepada media pada majlis penutupan Taiping Bird Week 2021 di Taiping pada Khamis (7 Okt).

Menurut beliau penyenaraian ‘Taiping Bird Week’ ke dalam kalendar pelancongan akan dibincangkan lebih lanjut dengan pihak terlibat termasuk pemain industri pelancongan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here