Masjid di Strasbourg, Perancis apabila siap akan menjadi yang terbesar di Eropah.

PERANCIS – Pihak pengurusan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di bandar Strasbourg di Perancis, baru-baru ini menerima surat yang bukan hanya menghina tetapi juga membuat ancaman bunuh.

Bakal dikenali sebagai Masjid Sultan Ayub (Eyub Sultan) yang letaknya di sempadan antara Jerman dengan Switzerland merupakan yang terbesar di Eropah dan dijangka siap pada akhir tahun untulk membolehkan umat Islam yang berdekatan di kedua-dua negara beribadat.

Surat yang diterima pada Selasa lalu mempunyai tajuk “ Pengisytiharan Perang’ mendakwa bahawa Islam tidak mempunyai tempat di Perancis., kata jurucakap komuniti Islam negara tersebut.

Kandungan surat itu juga meminta umat Islam di negara tersebut memilih sama ada Islam atau Kristian dan mereka yang memilih Islam harus bersedia untuk menjadi mangsa serangan di masjid, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Eyup Sahin, Ketua Toplumu Milli Garus, salah sebuah organisasi Islam terbesar di Eropah, ancaman terhadap masjid dan umat Islam Eropah telah meningkat dengan ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata ancaman bukan hanya dibuat dalam media sosial tetapi juga terhadap ahli-ahli keluarga mereka.

Pada awal tahun ini, masjid berkenaan telah diconteng dengan perkataan ‘katakan tidak kepada Islam, kembalilah ke tempat asal kamu’ di sepanjang pagar tapak pembinaan. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here