ISTANBUL – Turki membantah dengan keras keputusan mahkamah Israel untuk membenarkan kaum Yahudi untuk beribadat di komplek Al-Aqsa.

Kementerian Luar Turki berkata langkah itu merupakan satu galakan kepada kumpulan pelampau Yahudi dan akan mencetuskan ketegangan baharu di tapak suci Baitulmuqaddis, lapor Agensi Anadolu.

Kementeri itu menyeru komuniti antarabangsa supaya menentang keras keputusan yang bukan hanya salah tetapi juga dibuat secara haram dan berbahaya serta merupakan satu bentuk provokasi.

Seorang hakim Israel pada Rabu lalu membuat keputusan berkata, ibadat yang dilakukan oleh para penganut yahudi di komplek Al-Aqsa letaknya di kawasan yang diduduki Timur Baitulmuqaddis sebagai bukan ‘perbuatan jenayah’.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas Rabbi Aryeh Lippo mengemukakan rayun terhadap bantahan pengharaman lawatannya ke tempat tersebut dan rakyat Palestin juga turut mengecam keputusan tersebut.

Israel menduduki Timur Baitulmuqaddis yang menempatkan kompleks Al-Aqsa ketika perang Arab-Israel pada tahun 1957 dan Kerajaan Yahudi itu telah mendakwa keseluruhan bandar itu miliknya pada tahun 1980, tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here