GAMBAR: Wikimedia Commons.

Oleh Zainal AS Rashid

BEBERAPA anggota kru sebuah kapal selam nuklear milik Tentera Laut Amerika Syarikat tercedera apabila kapal selam itu berlanggar dengan sebuah “objek misteri” ketika menyelam di sekitar kawasan Laut China Selatan.

Seramai 15 belas pelaut mengalami kecederaan ringan apabila kapal selam yang dikenal pasti sebagai USS Connecticut berlanggar dengan objek tersebut pada Sabtu lepas.

Setakat ini masih belum dipastikan apa yang menyebabkan perlanggaran itu.

Seorang jurucakap Tentera Laut AS dalam satu kenyataan berkata bahawa semasa kejadian kapal selam tersebut dalam perjalanan ke wilayah Guam, AS.

Beliau berkata perlanggaran tidak menjejaskan enjin nuklear mahu pun ruang di dalam kapal selam itu, namun tahap kerosakan lain sedang disiasat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here