DUBAI – Arab Saudi melalui sebuah konsortium yang diterajuinya telah membeli Newscastle United, sebuah kelab bola sepak terkemuka Inggeris daripada pemilik kelab Mike Ashley dengan harga £300 juta (RM1.71 bilion).

Konsortium itu terdiri daripada Dana Kekayaan Berdaulat Arab Saudi, Dana pelaburan Awam (PIF) dan juga usahawan Britain Amanda Staveley dan bilionair Reuben bersaudara, lapor Arab News.

Urus niaga yang menyaksikan perbincangan selama 18 bulan, akhirnya menjadi kenyataan apabila pihak berkuasa bola sepak Inggeris, Premier League bersetuju untuk meluluskannya.

“Kami berbangga menjadi pemilik baharu Newcastle United, salah sebuah kelab bola sepak yang terkenal,” kata Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan, sambil berterima kasih kepada peminat kelab itu keranamenyokongnya dan bersedia untuk meningkatkan prestasi kelab ke peringkat lebih tinggi.

 

Berikutan pembelian itu, Newcastle menjadi antara kelab-kelab ternama Eropah termasuk Manchester City dan Paris Saint-Germain, yang di sokong oleh pemiliknya yang kaya serta mempunyai komitmen yang tinggi.

PIF juga mencadangkan peruntukan sebanyak £250 juta (RM1.4 bilion) untuk pembangunan kemudahan kelab berkenaan yang terletak di timur laut England, iaitu Stadium St. James Park. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here