GAMBAR; Влада на Република Северна Македонија, PDM-owner, via Wikimedia Commons.

Oleh Fetty Rara

KELULUSAN bersyarat diberikan kepada vaksin Covid-19 Pfizer sebagai dos penggalak Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty) sekurang-kurangnya enam bulan setelah mendapat dos kedua untuk individu berumur 18 tahun ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia diluluskan semasa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 pada Jumaat (8 Okt).

“Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lepas.

“Ini merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan pemantauan berhubung kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan dan dinilai berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa, untuk memastikan agar manfaat-risiko vaksin tersebut kekal positif.

“KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here