KUALA LUMPUR – Pemilik kapal mewah yang dikenali sebagai kingshah_captainks telah menafikan dakwaan bahawa pihaknya menaja percutian Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Pemilik kapal berkenaan dalam Instagramnya berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana Rodzi membayar sendiri sewaan kapalnya pada 10 Oktober untuk membawa tiga ahli keluarga dan enam kakitangannya.

Beliau berkata Ketua Pengarah MKN itu membuat tempahan melalui telefon sebelum membayar secara tunai di jeti.

Pemilik kapal berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang ditular dalam media sosial kononnya percutian Rodzi ditaja oleh syarikat yang diberi kontrak membangunkan aplikasi MySejahtera.

“Salah ke Datuk (Rodzi) mahu ‘support’ perniagaan kami yang hampir terkubur disebabkan Covid-19? kata kingshah-captainks sambil menambah, rombongan berkenaan juga tidak melanggar sebarang prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Kingshah_captainks juga mempelawa mereka yang datang bercuti di Langkawi untuk cuba perkhidmatan kapalnya yang dinamakan Kamilia sempena nama anak pemilik kapal yang meninggal akibat leukemia.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here