Pandelela Rinong

KUALA LUMPUR- Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa acara terjun papan anjal Sukan Olimpik itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Pandelela, 28, menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Datuk selepas jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang.

Beliau adalah atlet negara keempat dalam sejarah menerima pengiktirafan ketika masih aktif selepas Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Azizulhasni.

Pandelela yang meraih gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan perak pada temasya Rio 2016 menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat di Paris 2024.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here