Foto Melaka Hari Ini

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan semula aset kerajaan berupa kereta rasmi yang diperolehnya semasa menjawat jawatan Exco.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, pemulangan itu selari dengan tindakan Norhizam sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, Isnin lalu, lapor Utusan.

“Saya merayu dan memohon kerjasama mantan Exco menyerahkan semula aset kerajaan kerana aset berkenaan sebelum ini diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada beliau selagi memegang jawatan sebagai ADUN Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Serkam di sini (9 Oktober).

Sehingga hari ini, hanya ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sahaja telah memulangkan aset kerajaan pada Khamis lalu, manakala ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad pula meminta untuk menangguhkan pemulangan kereta berkenaan sehingga Isnin ini – BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply