TERKUTUK… Pihak perbandaran Baitulmuqaddis yang ditadbir oleh regim Yahudi Israel telah bertindak memusnahkan kubur-kubur orang Islam yang terletak berada berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.

Beberapa kubur di kawasan perkuburan Al-Yusufiye dimusnahkan menggunakan peralatan jentera milik pihak berkuasa Yahudi itu dan meninggalkan tempat berkenaan apabila rakyat Palestin berkumpul setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, lapor Agensi Anadolu.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Kubur Orang Islam Ahmed al-Dajani berkata mahkamah Israel telah memberikan memberikan kebenaran kepada Jabatan Arkeologi Israel untuk menjalankan kerja mereka di tapak yang berhampiran dengan perkuburan tersebut.

Perkuburan Al-Yusufiye terletak di sebelah dinding Bandar Lama, merupakan kawasan perkuburan yang tertua di timur Baitulmuqaddis.

Sebelum ini, pihak perbandaran juga cuba memusnahkan tangga bersejarah yang menghubungkan Bandar Lama dengan Masjid Al-Aqsa tetapi perbuatan itu berjaya dicegah oleh rakyat Palestin. –BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here