Oleh Yusoff Ahmad Shariff

EKORAN serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar pada Ahad (10 Okt) polis telah menahan seorang pelakon lelaki berumur 28 tahun bersama dua yang lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob dalam satu kenyataan pada Isnin (11 Okt) turut ditahan seorang pengarah filem dan penolongnya, masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

“Ketiga-tiga mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dengan dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar yang bertindak atas maklumat pada 7.15 pagi,” katanya.

Beliau berkata setelah melakukan pemeriksaan di tiga bilik rumah itu, polis menemukan dadah jenis ganja dan syabu yang dianggarkan bernilai RM270.

Omar Bakhtiar berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah manakala seorang mempunyai rekod berkaitan dadah.

Ketiga-tiga lelaki itu direman dua hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here