KENA TUNGGU… Hasrat ‘Kapten T. Kirk’ mengembara ke angkasa lepas tergendala apabila, Syarikat Blue Origin menangguhkan misi membawa pelakon watak utama siri televisyen ‘Star Trek’ kepada hari Rabu ini.

Misi yang membawa William Shatner, 90, sekali gus bakal mencatat sejarah kerana beliau menjadi manusia tertua ke angkasa lepas pada mula dijadualkan Selasa ini. Misi berkenaan tertunda akibat masalah yang tidak dapat dielakkan.

Shatner akan menyertai tiga penumpang lain menaiki pesawat ‘New Shepard’ dalam misi kedua syarikat itu, lapor BBC.

Sebelum ini, Wally Funk,seorang wanita warga Amerika Syarikat muncul sebagai individu tertua pergi ke angkasa lepas ketika berusia 82 tahun.

Funk yang merupakan bekas juruterbang pergi ke angkasa lepas pada bulan Julai lalu bersama-sama sekumpulan penumpang termasuk pengasas syarikat Blue Origin, Jeff Bezos.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here