Oleh Fetty Rara

PERANTI digital bagi mengesan risiko penularan Covid-19 telah diperkenalkan oleh Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Dengan penghasilan peranti itu IUKL muncul sebagai pusat pengajian tinggi pertama di negara ini melancarkan inisiatif sedemikian bagi mengesan risiko penularan Covid-19 di kampus.

Menurut Presiden dan Naib Canselor IUKL Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub peranti digital seperti jam tangan itu akan diedarkan kepada hampir 500 kakitangan universiti dan semua penuntut yang akan hadir ke kampus secara fizikal mulai Mac 2022.

“Sistem pengesanan risiko akan diletakkan di beberapa kawasan kampus dan sekiranya ada individu dengan gejala demam, selesema, atau batuk menghampiri kawasan sistem dalam lingkungan satu meter, peranti tersebut akan mengeluarkan bunyi dan mereka perlu melaporkan kepada pihak bertanggungjawab kampus,” katanya.

Beliau berkata IUKL memperuntukkan lebih RM1 juta bagi membangunkan peranti digital tersebut bagi mewujudkan ekosistem bebas COVID-19 di kampus.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU antara IUKL, Microsoft Malaysia dan Techinsight Sdn Bhd untuk memperkenalkan digital tersebut.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here