New Delhi – Aktor sensasi Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan, ditahan polis minggu lalu.

Menurut laporan portal Bollywoodlife.com, penahanan Aryan telah menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.

Memetik kenyataan rakan baik Shah Rukh, pelakon tersebut mengalami tekanan dan tidak tidur mahu pun makan sejak penahanan anaknya itu.

“Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu,” katanya.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama-sama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.
Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Minggu lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here