Oleh Zainal AS Rashid

PEGAWAI jabatan hidupan liar di Colorado, Amerika Syarikat akhirnya berjaya membuang tayar yang terperangkap pada lehernya seekor rusa sejak dua tahun lalu.

Rusa jantan berumur empat setengah tahun seberat 270kg itu dikesan berhampiran Pine Junction, selatan bandar raya Denver pada Sabtu lepas.

Peluru mengandungi ubat penenang digunakan bagi menembak rusa tersebut, lapor akhbar The Guardian.

Ini merupakan kali keempat para pegawai jabatan hidupan liar cuba menangkap rusa itu untuk membantu membuang tayar seberat 16kg daripada lehernya.

Sayangnya untuk mengeluarkan tayar tersebut mereka terpaksa memotong tanduk rusa itu kerana usaha untuk memotong tayar yang mengandungi keluli tidak berjaya.

Berita tentang rusa malang itu menjadi tular baru-baru ini apabila seorang penduduk tempatan melihatnya bersama sekumpulan 40 rusa lain.

Setelah tayar dibuang doktor veterinar mendapati leher rusa itu berada dalam keadaan baik walaupun sentiasa digeser oleh getah tayar tersebut begitu lama.

Petugas jabatan hidupan liar pertama kali mengesan rusa tersebut pada Julai 2019 sewaktu menjalankan tinjauan spesies kambing berbiri dan kambing gurun di kawasan Mount Evans. Sejak itu rusa itu sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here