Oleh Fetty Rara

SEMUA 155 tangki marmar air yang mengalirkan air zamzam diaktifkan semula di seluruh kawasan Masjidil Haram, Makkah bermula Isnin.

Menurut Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebanyak 20 ribu tong air zamzam mudah alih turut disediakan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penolong Pengarah Urusan Teknikal dan Perkhidmatan Hal Ehwal Masjidil Haram Mohammed bin Musleh Al-Jabiri menerusi Twitter.

Pada hari-hari biasa sebelum pandemik lebih 20,000 tong air zamzam disediakan di Masjidil Haram bagi menampung keperluan purata kira-kira 1,633,030 meter padu air setiap hari.

Pada pertengahan Ogos lalu sebanyak 600 tong atau lebih 30,000 tan air zamzam disediakan di seluruh Masjid Nabawi, Madinah.

Penyediaan air zamzam secara normal dihentikan susulan penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi dan digantikan dengan penggunaan robot pintar tanpa membabitkan sebarang sentuhan.

Perkembangan terbaharu yang membolehkan kelonggaran berhubung pembekalan air zamzam ini adalah kerana peningkatan jumlah penerima vaksin dalam kalangan warga tempatan dan asing di Arab Saudi.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here