Oleh Yusoff Ahmad Shariff

YAYASAN Islam Kelantan (YIK) akan memujuk kira-kira lima peratus daripada 2,600 guru dan petugas yayasan itu yang masih enggan mendapatkan vaksin Covid-19 supaya menerima suntikan.

Menurut Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK Shamsul Abu Bakar perkara tersebut akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

Shamsul berkata sebelum ini kira-kira 10 peratus guru dan petugas YIK menolak vaksinasi, tetapi setelah berbincang mereka kemudian bersetuju.

“YIK sebenarnya telah membuat perjumpaan dengan pengetua dan mudir supaya memaklumkan kepada guru terlibat untuk mengadakan pertemuan sesi kedua.

“Pada sesi kali ini kita akan berbincang terus dari hati ke hati termasuk memujuk supaya mereka ini mudah-mudahan menerima vaksin.”

Beliau memberitahu media demikian pada majlis penyerahan sumbangan perabot hotel terpakai kepada YIK di Kota Baharu pada Selasa (12 Okt).

“Kaedah menukar atau sebagainya hanyalah proses terakhir yang mungkin dilakukan. Apa yang penting adalah kita melakukan perbincangan terus kepada mereka secara bersemuka,” katanya sambil berharap perkara itu dapat diselesaikan menjelang November ini.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here