family, divorce, separation
Photo by geralt on Pixabay

KUALA LUMPUR – Dalam setiap satu jam terdapat lima pasangan beragama Islam memohon untuk bercerai atau 121 pasangan sehari.

“Malah, ketika kita bersidang di Parlimen, ada yang sedang memhon untuk bercerai,” kata Timbalan Menteri Undang-undang,” kata Mas Ermieyati Samsudin.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati berkata, angka yang beliau sebutkan itu melibatkan permohonan yang dibuat melalui mahkamah Syariah dan bukan semua permohonan itu akan diluluskan.

Beliau berkata, terdapat sejumlah 66,440 permohonan perceraian telah difailkan oleh pasangan Islam melalui sistem e-syariah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 18 bulan, lapor FMT.

Selangor menyaksikan bilangan tertinggi dengan jumlah 12,479, diikuti pula oleh Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Melaka (2,402), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).

Dalam kalangan bukan Islam, kes perceraian yang difailkan bagi tempoh bulan Mac 2020 hingga Ogos 2021 adalah berjumlah 10,346 atau pada purata 18 kes sehari dan bilangan tertinggi juga dicatatkan di Selangor sebelum diikuti oleh Kuala Lumpur (2,893), Perak (1,209), Johor (1,197), Negeri Sembilan (861), Melaka (449), Pahang (386), Kedah (76), Kelantan (45), Perlis (41) dan Terengganu (29). – BebasNews

Mas Ermieyati berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar), berkaitan perangkaan pasangan bercerai sejak PKP dilaksanakan pada bulan Mac 2020 hinggalah sekarang. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here