KUALA LUMPUR – Tabiat buruk segelintir individu yang gemar membuang sampah sesuka hati boleh mengundang geram dalam kalangan masyarakat.

Lebih-lebih lagi sikap biadap itu dilakukan di kawasan awam termasuk di persimpangan lampu isyarat.

Ia bukan sahaja mencemarkan kebersihan persekitaran, malah boleh menimbulkan rasa sakit hati dan berang orang ramai.

Situasi itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @siti sitieliza yang memuat naik sebuah video mengenai perangai buruk seorang pemandu kereta mewah berwarna putih jenis BMW.

Wanita itu yang geram bertindak keluar dari kenderaannya menghampiri kereta pemandu terbabit yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap ketika menunggu di lampu isyarat.

Dia bertindak mengutip sampah yang dibuang dan memberikan semula kepada pemandu kerana individu terbabit sudah dua kali melakukan hal sama ketika di lampu isyarat itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

“Jenis bebal! kereta besaq otok kecek! padan muka hang!. Tu sampah kedua hang buang tau dak? 1st sebelum hang buang tu aku tengok ja.

“Ingat tak buang dah. Ehhh hang buang 1 lagi rilek ja nohhh. Bodo piang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berdurasi 38 saat itu yang dimuat naik dua hari lalu menerima tontonan 1.3 juta dan lebih 93,000 tanda suka daripada netizen, selain 3,112 komen dan 1,071 perkongsian.

Tindakan berani wanita itu yang digelar kakak oleh warganet mengundang pelbagai reaksi termasuk rasa kagum, pujian dan terkejut.

“Betul berani ni. Orang tu mesti terkejut,” ujar seorang pengguna Az.

Seorang pengguna Mie Jb pula memuji kandungan video tersebut yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh warganet.

“Video content macam ini yang kita nak. Kipidap,” ujarnya.

Pokjoe pula mengarap komen; “Sekarang sudah 2021 tetapi pemikiran sangat menyedihkan. Boleh sahaja letak dulu sampah dalam kereta dan jumpa tong sampah boleh buang.”

Seorang lagi pengguna, Erinsiapa pula menulis; “Yes, orang kereta besar ini kadang otak cetek.”

Sis Hana pula memaklumkan kejadian itu berlaku di Taman Kinrara berdekatan rumahnya.

“Syabas kak,” tulis beliau.

Hazieqqqq pula memujikan wanita itu yang disifatkan sebagai tindakan yang bagus.

“Letak (sampah) dekat cermin depan tu. Angkat viper dia,” tulisnya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here