Puteri Amalia dan ayahandanya.

BINGUNG SENDIRI… Kerajaan Belanda yang membenarkan perkahwinan di luar fitrah manusia atau sejenis sejak tahun 2001, kini berdepan dengan ‘persoalan’ sama ada perlu membenarkan pewaris takhta diraja negara itu juga boleh berbuat demikian.

Jika dibenarkan, tentunya tidak lagi wujud pengganti atau kelayakan sebagai pewaris raja sudah hilang.

Ketika pewaris takhta keluarga diraja Belanda, Puteri Amalia, anak sulung Raja Willem-Alexander, bakal berusia 18 tahun pada bulan Disember. Namun beliau tidak dijangka akan berkahwin dalam masa terdekat kerana meneruskan pengajian di universiti, lapor BBC.

Perkahwinan sejenis selalu dianggap tidak berlaku bagi keluarga diraja kerana harus ada pewaris diraja.

Menurut Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada teorinya raja atau permaisuri boleh berkahwin dengan pasangan yang sejenis.

“Oleh itu, kabinet tidak melihat bahawa pewaris takhta atau raja harus melepaskan jawatannya jika dia ingin menikahi pasangan sesama jenis,” jelasnya ketika menjawab pertanyaan bertulis di Parlimen.

Rutte mengakui perkara berkenaan ‘sangat merumitkan’ sambil berkata, ia bergantung kepada Parlimen dan keputusan akan dibuat hanya apabila tiba masanya.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here