Pegawai-pegawai LUAS menjalani kursus Latihan Penyediaan Pengurusan Risiko Rasuah bersama SPRM.

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengadakan program latihan bagi meningkatkan kefahaman Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

LJUAS dalam posting di Facebooknya, kursus tersebut dikawal selia oleh Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Azuan Adzhar.

“Objektif kursus bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang keperluan merangka CRM di LUAS.

“Pegawai-pegawai LUAS akan diberi pengetahuan mengenai teknik CRM menggunakan proses penilaian,”katanya di entri Facebooknya semalam.

Kursus Latihan Penyediaan CRM tersebut diadakan di LUAS selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Oktober.

Jelas kenyataan LUAS itu lagi, menerusi kursus tersebut, SPRM akan memberi pemahaman kepada kesemua pegawai terlibat berhubung proses kawalan atau intervensi yang berbeza.

Katanya lagi, kursus tersebut turut meliputi kaedah mengakses kesediaan organisasi untuk perubahan.

“Pihak LUAS berharap peserta di dalam kursus ini dapat memahami dengan lebih lanjut keperluan CRM yang dibangunkan,”katanya.

Untuk rekod, LUAS bertanggungjawab memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka.

LUAS sebagai badan mengawal selia sumber air sering menjadi fokus pihak media setiap kali berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual berpunca daripada masalah pencemaran sungai akibat aktiviti perindustrian di negeri ini. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here