SHAH ALAM – Team Selangor menawarkan peluang kepada orang awam untuk menjadi sukarelawan susulan kerja penyelenggaraan aset kritikal di loji rawatan Sungai Selangor.

Menerusi kenyataan Selangor Lestari By Team Selangor, pasukan itu memaklumkan sukarelawan terbabit akan mengedarkan air ke kawasan terlibat bermula 14 hingga 16 Oktober.

“Individu berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/SukarelawanAirTeamSelangor dan akan dihubungi mulai Isnin ini atau hubungi talian 013-5305378,”katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan bermula 13 hingga 16 Oktober, kerja penyelenggaraan melibatkan pengguna di 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sehubungan itu Air Selangor mengingatkan kepada pengguna di kawasan terkesan menyimpan bekalan air secukupnya.

Sebanyak 105 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan berkenaan selain 18 pili air awam disediakan mulai 14 hingga 16 Oktober demi kemudahan pengguna sepanjang tempoh itu.

Senarai lengkap kawasan terlibat, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh didapati di laman pautan http://hentitugas.airselangor.com.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here