KUALA LUMPUR – Jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang penolong pegawai agensi perladangan hari ini selama lima bagi membantu siasatan tuntutan palsu lebih tiga tahun lalu berjumlah lebih RM15,000.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan oleh majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Pegawai agensi yang berusia 41 tahun ditahan kira-kira sekitar 4 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Tertuduh ketika bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi di Klang sekitar tahun 2018 didakwa bersubahat dengan seorang pemilik syarikat mengemukakan tuntutan palsu kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Penolong pegawai berkenaan disiasat di bawah siasat Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here