KUALA LUMPUR – Seorang penyelia asrama sebuah sekolah agama di Bagan Datuk dijatuhi hukuman denda RM8,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM5,800, empat tahun lalu.

Jika gagal membayar dengan, tertuduh, Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, bakal berdepan hukuman penjara selama lapan bulan.

Tetuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan Hakim S. Indra Nehru, lapor Utusan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang merupakan penyelia asrama di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Ulum Al Syari’yyah dekat Bagan Datuk, didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai berjumlah RM5,800 daripada seorang lelaki melalui kemasukkan ke akaun Maybank pada 31 Julai 2017.

Suapan tersebut didakwa sebagai upah untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan di asrama berkenaan.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here