Oleh Yusoff Ahmad Shariff

POLIS Melaka telah merampas Toyota Camry, kereta rasmi kerajaan negeri yang digunakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Kereta yang diletakkan di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak itu dirampas oleh sepasukan anggota polis pada kira-kira pukul 11.20 pagi Selasa (12 Okt).

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali tindakan diambil susulan laporan berkaitan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan secara tidak jujur

Abdul Majid berkata laporan dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka bahawa kereta tersebut tidak dipulangkan walaupun penggunanya tidak lagi memegang jawatan rasmi berkenaan.

Polis telah mendapatkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang kes daripada Mahkamah Majistret Air Keroh.

“Susulan itu sepasukan polis merampas Toyota Camry itut bersama kunci kereta, kad Touch n Go dan satu kad minyak daripada pemandu rasmi Datuk Norhizam,” katanya.

Polis telah mendapatkan rakaman percakapan daripada lima saksi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here