Penjawat awam ditahan reman disyaki menjadi dalang kes rasuah. Foto Utusan

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam yang bakal pencen tiga tahun lagi ditahan reman mulai hari ini kerana disyaki bersubahat dalam kes rasuah kontrak pembekalan dan pemasangan kelengkapan pejabat agensi keselamatan bernilai RM180,000

Suspek berusia 57 tahun telah dihadapkan di hadapan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Shah Alam dan dibenarkan untuk di reman selama tiga hari mulai hari ini.

Pegawai yang ditahan pukul 12.05 tengah hari, semalam di sebuah kawasan di Johor, lapor Utusan.

Menurut sumber: “Siasatan awal mendapati suspek adalah perancang utama dalam memberikan arahan kepada dua lagi rakannya yang telah direman empat hari bermula semalam.

“Dia juga dikatakan terlibat secara langsung dalam jawatan kuasa pemilihan kontraktor terlibat dalam projek tersebut,” kata beliau. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here