Penggunaan teknologi dron T20 di ladang mempercepat proses pembuahan serta memudahkan pengendalian serangga perosak dan penyakit.

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) mahu mengiatkan lagi penglibatannya dalam pasaran beras wangi tempatan negara ini.

Ini berikutan kejayaan pelaksanaan program ‘FGVIF’s Fortified Field ™ Fragrant Rice (3FR)’ yang mengoptimumkan pertanian padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian yang pintar dan berkesan, kata FGV, syarikat berasaskan makanan dan juga perniagaan tani dalam kenyataannya di sini.

Mohd Nazrul Izam Mansor

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Nazrul Izam Mansor menyasarkan penguasaan 3.5 peratus dalam pasaran beras wangi tempatan pada akhir tahun 2025, di bawah jenama FGV SAJI.

“Matlamat kami adalah agar beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia, pada masa akan datang.

“Melalui kepakaran dalaman, sumber daya dan penggunaan pelbagai teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand.

“Melangkah ke hadapan, FGV merancang untuk meluaskan kawasan seluas 10,000 hektar padi wangi dalam lima tahun akan datang, ” kata Mohd Nazrul lagi.

Penggunaan pelbagai teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand.

Beliau berkata, FGV berkomited untuk pengeluaran yang mencukupi bagi keperluan negara atau SSL melalui program 3FR FGV yang menyokong Program Sawah Pintar Berskala Besar (Smart SBB) dirintis oleh Kementerian Industri Pertanian dan Makanan (MAFI). Smart SBB diharapkan dapat membantu negara peratusan SSL sehingga 75 peratus yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Pada masa ini, program 3FR FGV dilaksanakan di ladang seluas 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor, dan 100 hektar di IADA Seberang Perak, Perak melibatkan penyertaan 260 petani kontrak tempatan. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here