Datuk Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diserang strok di rumahnya, di sini hari ini.

Setakat ini, keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu belum diketahui.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Senator Md. Nasir Hashim berkata, Osman yang juga Ketua BERSATU Bahagian Ayer Hitam diserang strok antara jam 10 hingga 11 pagi ini.

“Datuk Osman dibawa ke hospital swasta di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menerima berita itu semasa berada di Dewan Rakyat.

Md. Nasir menyifatkannya berita itu sebagai mengejutkan terutamanya bagi BERSATU Johor.

Sementara itu, ADUN Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh memberitahu, Osman akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini.

“Setakat ini saya tidak tahu keadaan terkini beliau tetapi saya akan menziarahinya di Kuala Lumpur esok dan berdoa agar beliau cepat sembuh,” katanya.

Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor Ke-16 dan yang pertama daripada BERSATU selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

ADUN Kempas itu menyandang jawatan tersebut selama 11 bulan sebelum melepaskannya pada April 2019. – BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here