Rosman Isli. Foto Ihsan mhdaily.net

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dipercayai berkaitan tuduhan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan ringkas berkata, individu itu akan didakwa pada jam 9 pagi, lapor FMT.

Rozman dilaporkan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000.

Dalam pada itu, peguam Rozman, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan perkara berkenaan.

“Dia diminta (oleh SPRM) untuk hadir (ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) esok,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Muhammad Rafique memberitahu, beliau setakat ini tidak tahu pertuduhan yang akan dihadapkan kepada anak guamnya.

Bagaimanapun beliau mendedahkan pertuduhan melibatkan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Seksyen tersebut berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan, sama ada ‘bagi dirinya sendiri, saudara atau sekutunya’.

Rozman menjadi ahli parlimen Labuan sejak 2013.

Beliau pada mulanya mewakili UMNO sebelum menyertai Warisan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here