tap, black, faucet
Photo by kaboompics on Pixabay

KUALA SELANGOR – Khidmat bekalan air di kawasan terjejas di sekitar Lembah Klang dijangka akan disalurkan awal dua jam bermula pukul 3 pagi tadi (Khamis).

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ia susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Bukit Badong di sini, siap sepenuhnya pukul 8.15 malam tadi.

“Pelaksanaan itu termasuk melibatkan penukaran paip utama baharu yang berjangka hayat antara 27 hingga 30 tahun.Proses kerja tersebut berjalan lancar sejak dilaksanakan bermula bermula jam 9 pagi.

“Keseluruhan pelaksanaan itu melibatkan 18 kerja utama termasuk sembilan di LRA berkenaan.Alhamdulilah semua kerja penambahbaikan dan penyenggaraan selesai lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada pukul 11 malam,”
katanya ketika ditemui selepas meninjau LRA itu, malam tadi.

Amirudin berkata, kerja-kerja tersebut mendahului dua jam daripada sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

Jelasnya lagi, pihaknya dimaklumkan kerja di lokaliti hiliran turut sudah mencapai 90 peratus setakat ini.

Tambah beliau, pelan awal Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sebelum ini menjangkakan bekalan air akan diagihkan bermula pukul 5 pagi esok.

“Proses agihan air kebiasaannya akan mengambil masa antara lima hingga enam jam selepas kerja penyenggaraan siap.

“Namun, ia berjaya disiapkan awal dan membolehkan bekalan mula disalurkan kira-kira pukul 3 pagi,”katanya.

Sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga Sabtu ini.

Gangguan itu susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang menyebabkan henti tugas LRA SSP1. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here