DISERANG – Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan dua lagi cedera di Norway akibat dipanah oleh seorang penyerang di bandar Kongsberg, barat daya ibu kota Oslo.

Menurut Ketua Polis Oeyvind Aas, seorang suspek berjaya ditangkap dan dipercayai bertindak secara bersendirian dalam kejadian yang berlaku pada pukul 18:13 waktu tempatan atau (16:13 GMT), lapor BBC.

Polis sedang menyiasat sama ada serangan yang berlaku dalam pasar raya Coop Extra dan mencederakan seorang anggota polis yang tamat tugasnya mempunyai kaitan dengan tindakan pengganas.

Suspek yang didakwa warga Norway yang memeluk Islam telah dibawa polis ke balai di bandar Drammen tapi belum disoal siasat.

Berpuluh-puluh kenderaan kecemasan seperti ambulans, keretra peronda da helikopter dihantar ke tempah kejadian.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua anggota polis membawa senjata sebagai langkah berjaga-jaga keran polis di Norway biasanya tidak bersenjata. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here