Agnes Tirop - Foto ihsan IAAF

KENYA – Seorang atlet pelari wanita Kenya yang merupakan pemegang rekod dunia Agnes Tirop, 25, ditemukan maut di rumahnya dipercayai dibunuh oleh suaminya.

Kejadian jenayah berkenaan sedang disiasat dan polis menyatakan suaminya didapati telah menghilangkan diri, lapor BBC.

Pada bulan lalu, Tirop mencipta rekod dunia dalam pertandingan larian 10 kilometer di Jerman. Beliau pernah dua kali memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Atlet Dunia dan menduduki tempat ke empat dalam larian 5,000 meter akhir di peringkat Olimpik dua bulan lalu.

Atlet wanita itu dilaporkan hilang pada malam Selasa oleh bapanya dan polis menemukan mayat Tirop di atas katil di rumahnya dengan terdapat kesan darah di lantai, kata Tom Makori, ketua polis daerah itu.

“Tirop dipercayai ditikam pada bahagian leher dengan pisau sehingga menyebabkan beliau menemui ajal,” Makori yang percaya bahawa CCTV yang berada di rumah tersebut dapat membantu penyiasatan polis.

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan Kenya telah kehilangan seorang atlet yang masih muda berusia 25 tahun tetapi membawa banyak kejayaan kepada negaranya. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here