PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

SPRM dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, siasatan menyeluruh akan dibuat dengan melihat pelbagai sudut termasuk proses kelulusan dan perbelanjaan oleh persatuan, individu atau syarikat yang menerima dana terbabit.

“Ia bagi mengesan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” kata kenyataan itu.

Suruhanjaya itu memberitahu, pihaknya juga telah menerima laporan yang dibuat oleh Pengerusi Pemuda Gen Z berhubung perkara sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Jumaat.

“Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dan mengkaji laporan yang dikemukakan tersebut,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu yang tular berkaitan geran kewangan Mitra, sebuah agensi di bawah kementerian berkenaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/167134/BERITA/Semasa/Geran-Mitra-SPRM-buka-kertas-siasatan

Please follow and like us:

Leave a Reply