leadership, example, leader
Photo by Tumisu on Pixabay

Kata peribahasa, jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari mempunyai makna yang sangat dalam.

Maksudnya pemimpin adalah guru yang menjadi suri teladan sama ada perkara yang baik atau sebaliknya.

Orang atasan seperti wakil rakyat yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang bawahan kini lebih teruk dalam aspek rasuah dan kawtim.

Rasuah bukan lagi setakat menghulur wang ringgit dan salahguna kuasa, bahkan menjadi semakin canggih yang penuh tipu muslihat.

Kita ada membaca kes jurulatih dan pemain bolasepak terlibat dengan rasuah tidak kira kes lama dan baru.

Begitu juga kes ketua jabatan mahupun ketua sebuah organisasi melakukan jenayah rasuah dengan menggunakan pihak ketiga sebagai pemudahcara.

Masalah rasuah yang kini cuba dibanteras semua peringkat membuktikan maksud peribahasa ini adalah benar.

Apa yang ingin dinyatakan adalah, jangan kita mudah menuduh orang lain rasuah sedangkan kita sendiri mengamalkannya tanpa sedar.

Sebagai ketua jabatan dan syarikat adakah kita sudah mewujudkan sistem kerja yang bersifat sifar risiko rasuah.

Adakah kita merasakan pekerja kita dibayar dengan adil di saat kita bermewah-mewah dan hidup senang hasil usaha kakitangan kita.

Tepuk akal tanya iman, jangan mudah melabel orang itu orang ini rasuah sedangkan kita kencing berdiri.- BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply